I like photography

By: shiham seishu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Dec-2011 15:57 Email | Share | | Bookmark
Kampung Bunga Emas



Ini tahun keempat aku pelik tiap kali Krismas menjelang.
Bila jalan-jalan di kota Hradec, ada 4 5 gerai jual bunga.
Bukan bunga biasa tapi nampak tinggi nilai dia.
Bunga emas dan perak.
Warnanya buat dia nampak istimewa.
Kelmarin aku bertegas beli sejambak daripada seorang penjual berdekatan stesen bas Centrál.
30 Kč harga dia.
Aku pilih emas.
Perak lain kali. Esok, tak pun tulat.



Bunga emas ini mengingatkan aku kepada subjek Sejarah di sekolah menengah.
Tak pasti Kesultanan Kedah yang hadiahkan kepada Kerajaan Siam atau sebaliknya.
Agak jauh bunga emas diimport ya? kah kah kah

Kampung Bunga Emas tempat lahir Abah. Simpang 4 Perlis, bukan Kedah.
Tak sangka keturunan aku sampai ke Czech. Orang Kedah memang hebat, kan?



Gambar diambil dengan D90 + 18-70 mm

Pisang emas dibawa belayar

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


Tuesday, 20-Dec-2011 14:00 Email | Share | | Bookmark
Angin Eropah Bertiup Lagi





Kalau di KL
Jalan TAR bagai syurga untuk para wanita Melayu, dengan tudungnya, baju kurungnya, kersangnya, telekungnya, baju Melayunya, dll.

Kalau di Praha
Václavské náměstí memang sentiasa ramai pelancong dari segenap dunia. Ada yang berdua, ada yang dalam rombongan. Sepanjang tahun meriah.

Kalau di Paris
L'Avenue des Champs Elysées dibarisi butik-butik mewah dan manusia-manusia yang berpakaian segak, tampan, kemas dan sangat bergaya. Bila masuk LV tolong buat muka duit banyak, ambil bau dan keluar.

Kalau di Berlin
Unter den Linden dihiasi muzium-muzium, kedai-kedai kopi berlatardepankan gerbang gergasi yang gah!

Kalau di Liverpool
Mathew Street penuh pahatan nama-nama individu atau kumpulan yang pernah membuat persembahan khas untuk kumpulan rock The Beatles.

Kalau di Barcelona
La Rambla ada banyak gerai jual jersi Azulgrana, cenderahati/mata dan tak dilupakan persembahan unik daripada makhluk-makhluk aneh.

Kalau di Nice
Promenade des Anglais sangat nyaman angin dia, dengan ombak menghempas lemah dan laut membiru di bawah terik mentari. Ada manusia mandi, layan kasut roda, berlari-lari anak. Tenang, kan?

Kalau di Monte Carlo
Circuit de Monaco memang terasa bahang pecutan kereta F1 Alex Yoong serta berpusu-pusu kereta-kereta mewah keluar masuk ke pusat judi. Mercedes, BMW boleh kata macam teksi.

Kalau di London
Oxford street pantas mengeringkan akaun bank anda dengan butik-butik yang mengancam nafsu berbelanja barang-barang berjenama. Harga agak berpatutan. Tak percaya? Cuba pi tengok sendiri.

Kalau di Budapest
Váci utca? Kita tengok Krismas nanti. kah kah kah



Gambar diambil dengan D40x + 18-70 mm @ Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

Jom telan angin!

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


Sunday, 18-Dec-2011 20:06 Email | Share | | Bookmark
Medicine & LIFE

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Quote:
FRIENDLY REMINDER: Posts related to medicine here are definitely qualified medical diagnosis by the pneumonist, surgeon, invasive cardiologist, neurologist of Faculty Hospital of HK. The writer who is a medical student simply shares his personal experiences during his practical/clinical trainings in Internal Medicine & Surgery departments with the consultants. He would highly appreciate if anyone could respect and not misunderstand that. Thank you.


Situation #1

My groupmates & I were in the coronary unit. Our teacher in-charge is a gastroenterologist, a digestive system specialist. He brought us to the ICU because there was an interesting case of a 33-year-old man, battling for his life. His left ventricle was damaged thus his heart failed. I could not even know how his left coronary artery was blocked. Anatomically, this artery is so small but play very vital role in keeping our left chamber functions thus all our vital organs in the body. He was under sedatives, not to mention several drugs & COMPLETE artificial ventilation to help him survive under this stressful situation. Chance of survival is low and the prognosis is bad. He needs heart transplant if he wanna live longer. He is still young and all this happens to him?

Situation #2

A woman around 60 came to OPD of Surgery. Her son accompanied her, greeted & smiled to us. Dr. Čečka did physical examination, asked some relevant questions. The poor woman had tumor of head of pancreas, a very frequent incidence in Czech. We looked at CT and the patient. She was very sad and really hoped that chemotherapy is sufficient instead of surgery. She was really afraid and didn’t want to discuss anymore. I was so touched at the moment, especially when her son asked for few minutes to discuss with his mother outside the room. However, at the end, her mother refused to do surgery. For me, the son did a very good job. (REFLECTION: Am I do the same to my parents who are still alive?)

Situation #3

Can you imagine if you know that you will die in 1 month time? How do you think your mother will act? It happens to a 27-year-old man in Neurology ward. He is very young, just 4 years older than me. Now he had a plaster covering the frontal side of his head (for biopsy purpose). They suspect he had NHL, non-curable type of lymphoma. After a week, they confirmed that he had metastases of germinoma to the brain. Unfortunately it is untreatable. Every time his mother visits him, she cries out loud because she till now can’t accept that she will lose her son. Today is the last week the man will live in this world.

***

Life is a game. Life is a test.
I believe life today is meant for the 'next' day.

Please do not think we are bigger than someone else.
Please do not see our huge money will save us from this world.

Please do think that bless, prayer & love of a mother is the golden key to the eternal heaven.
Please do realize egoism does bring not you anywhere.

This entry I think supposed to be ‘Medicine & DEATH’, right?

Do you think so?

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


Sunday, 28-Aug-2011 06:57 Email | Share | | Bookmark
Fàbregas - Villa - Özil

 


Francesc Fàbregas i Soler akhirnya berjaya balik kampung lepas 8 tahun mengembara ke London.

Ia pastinya satu kesedihan untuk peminat Gunners. Tambahan Fàbregas adalah ketua pasukan kesayangan mereka yang memang hebat, bijak. Tapi apakan daya, Encik Arsène kedekut!

Culé girang sambut kepulangan Cesc. Permulaan yang baik dengan 2 piala dalam gengaman sudah!

Baju no.4 menjadi miliknya, atas ihsan Thiago. Gràcies!

***

Sebut tentang bola, teringat 2 minggu lepas heboh di Facebook yang David Villa (penyerang licik Blaugrana) menghina Islam waktu minit-minit akhir pusingan kedua Super Copa di Camp Nou sampai Mesut Özil, yang kononnya dikatakan pemain paling tenang dalam dunia, berasap kepala! Saya difahamkan sumber berita diperoleh daripada Twitter Özil. Ada satu video di YouTube tunjuk Villa tampar Özil dan Özil cuba nak balas balik tapi gagal sebab dihalang rakan-rakan sepasukannya.

Kesamdolan orang-orang tertentu yang mengkritik buta sangat jelas. Mereka percaya apa yang internet gembar-gemburkan sedangkan tak tau punca apa yang Villa & Özil gaduh. Agak lucu tapi inilah realiti masyarakat kita, suka benda yang panas dan sensasi, tambah berkait dengan perkara-perkara/isu-isu sensitif.

Esoknya Sami Khedira, rakan sepasukan Özil di Real Madrid dan Jerman, sahkan yang Özil tak ada akaun Twitter! Hebat media zaman sekarang, kan? Tapi mentaliti sebahagian kita masih di takuk lama kebodohannya. Sangat malang.

Tak dinafikan isu agama adalah isu yang berat, saya sokong 100% tapi sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut kita wajib persoalkan kalau kita nak sangat bagi pendapat/lontar kritikan. Sedangkan tuan punya badan tak kata apa, manusia lain sibuk sebar fitnah dan hangatkan dunia bola sepak dengan benda yang tak sepatutnya. *geleng tengkorak*

Tepuk dada tanya iman. Tepuk emosi biar jadi pengkaji. Tepuk otak jangan sampai 'botak'.



Quote:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. - Surah Al-Ĥujurāt 49:6


*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


Tuesday, 23-Aug-2011 03:15 Email | Share | | Bookmark
Manisnya Vanilla

 


Hampir 8 bulan tertangguh, Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan oleh-Nya untuk kongsi berkenaan kelana Eropah kami pada Disember 2010 lalu. Pengalaman yang tak mungkin akan dapat diulang lagi. 1001 (lebih lagi pastinya) benda terjadi. Allah, penat tak payah kira. Tapi terlampau banyak benda yang dapat dan dipelajari Insya Allah.

Hampir setahun juga kami rancang pelan penuh perjalanan. Ubah sana, ubah sini, siap buat kertas kerja yang lawaknya. Hehe. Pembahagian tugas merata. Banyak guna Facebook untuk tanya/kongsi semua benda. Cari hotel, tempat-tempat menarik, segala kos, kenderaan, dll di setiap tempat/negara memang pening. Idan banyak selesaikan bayaran dan tempahan sebab dia tak balik cuti musim panas tahun lepas. Beratus-ratus GBP dia dahulukan. Terima kasih sangat-sangat. Yang penting, semua orang bayar balik. Hehe.

Pelan asalnya, hanya nak bawa 2 orang kawan Fizah pusing-pusing Czech. Tengok-tengok, terfikir nak ajak Idan sekali dan akhirnya inilah ceritanya.

Quote:
Praha – Paris – Barcelona – Madrid – Granada – Gibraltar – Córdoba – Valencia – Marseille - Nice – Monaco – Brussels – London - Praha


Mai buat doktor di Melbourne. Fatin pula kejuruteraan di UM. Mai dengan Fatin dulu satu sekolah dengan Fizah. Idan pula di Aberdeen. Masing-masing memang tak kenal antara satu sama lain. Jadi kami berlimalah akhirnya.

16-22 Disember: PRAHA

Mai dengan Fatin sampai Prague dalam 16 Dis dengan Emirates. Jemput di lapangan terbang dan terus pulang ke HK. Esok pusing Hradec, lusa pusing Prague, rasa betapa bekunya musim sejuk dekat sini. Waktu jalan dekat Prague, tak salah tiap 15 minit, kena masuk kedai, Fatin dengan Mai tak tahan beku! Sumpah kesian tengok muka. Berjalan sampai ke Jambatan Charles, redah salji dengan cuaca terbaik, memang terbaik dari ladang~





20 Dis ingat semua nak kumpul dari Prague tapi sebab tiket Aberdeen ke Prague mahal, maka kami berempat bersetuju nak jumpa Idan di Paris saja. Maka petang 20 Dis dengan macam-macam perasaan kami bertolak ke Prague dengan keretapi. Cuaca sangatlah sejuk, salji acah tak acah dengan awan yang redup serupa tak bagi kami keluar daripada Czech. Segala barang makanan dari Czech (e.g. beras dan roti) dan Malaysia (jajan, mi segera, tuna, dll) termasuk alat-alat mandian kurang daripada 32 kg siap untuk ditarik oleh hero Anak Bukit! ROFL

Sebab sampai Prague balik 31 Dis nanti, dan Mai dengan Fatin balik ke Malaysia pada hari yang sama, jadi beg-beg besar disimpan di rumah Juwe (dengan izin). Usung punya usung, roda beg 32 kg tercabut atas jalan tram! Allah, dugaan pertama. Malang tidak berbau. Sampai rumah Juwe, angkut naik tingkat atas sekali. Nasib Juwe baik hati pinjamkan beg dia. Bau kedai lagi, kena jaga elok-elok, bisik hati.

Penerbangan Easyjet ke Paris CDG dijadualkan pada 840 malam tunda 3 jam. Kupon minuman percuma bernilai 90CZK cepat-cepat kami habiskan. Tengok semua jadual penerbangan, boleh kata 98% BATAL. Allah, risau amat. Kecuali ke tempat bersuhu panas seperti Barcelona, tiada masalah. Risau punya risau, kami semua dah tak senang duduk. 2 jam berikutnya, panggilan kedua dibuat, berduyun-duyun manusia serbu kaunter. Penerbangan kami dibatalkan! Lemah semangat. Tindakan berikutnya? Lari ambil beg dan bergerak ke Terminal 1 untuk tempah tiket baru. Alhamdulillah tak sangka kami antara yang terawal dalam barisan yang gila panjang manusia beratur. Tengok pelbagai reaksi manusia, kebanyakannya memang separuh mati kesedihan. Apa nasib kami? Sampai giliran, pegawai kata penerbangan seterusnya 2 hari kemudian. Tergamam 18 ketika. Fikir punya fikir sampai dia kata kalau lambat sangat kami bagi kepada pelanggan seterusnya. Nak tak nak, terpaksa ambil daripada tak dapat apa. Hampa. Semua penumpang diberi hotel percuma untuk 2 malam dan teksi ke hotel, juga percuma. Lega sikit. Dalam keserabutan, terfikir, apakah nasib orang di belakang kami yang nak balik sambut Hari Natal? Lagi kesian...

Semua terdiam dalam teksi yang bawa kami ke Dorint Hotel Don Giovanni Prague, Jalan Vinohradska, Prague. Hotel 4 bintang. Bilik besar gedabak. Tersadai di Prague macam lawak. Buka komputer, cari Idan, tengok penerbangan dia. Banyak lapangan terbang di Eropah tutup. Heathrow paling teruk. Menghadap BBC sepanjang masa di TV 300 inci. Pada masa yang sama, hotel kami di Paris hangus. Tempahan kereta sewa di Sepanyol kena ubah masa dan tarikhnya. Pelbagai benda kena ubah. Lepas berbincang, akhirnya kami berempat setuju tempah tiket terus ke Barcelona (tidak dilupakan €100 melayang begitu saja), daripada merisikokan diri kami tunggu penerbangan Easyjet ke Paris yang entah apa nasibnya sedang bertarung dengan ribut salji. Pendek kata, pelan ke Paris dah boleh tutup buku terus tapi bekal sambal bilis dah tinggal separuh!



Idan Alhamdulillah dah selamat mendarat di Paris walaupun Lapangan Terbang Aberdeen dah nyawa-nyawa ikan. Bermalam keseorangan dia di CDG. Esoknya dia yang sampai Barcelona dulu, terus ke Travelodge, tidur. Katanya terlalu penat.

22 Dis kami menuju ke Lapangan Terbang Ruzyně Prague dengan 18000 perasaan. Tengok langit Alhamdulillah molek. Pengalaman ‘percutian’ di Prague sangat menarik!!!

22-23 Disember: BARCELONA

Mendarat saja di Lapangan Terbang El Prat jam 20:30, lega rasa. Cuaca suam-suam kuku. No sweater needed. Disambut Idan di balai ketibaan, kami bergerak ke Terminal 1 dengan bas percuma untuk ambil kereta sewa. Pening cari tempat SOL-MAR. Waktu bayar, sebab guna kad Mai, kami buat taktik sikit. Saya isi borang semua dan Mai tanda tangan diam-diam. Sebabnya, boleh kata 99% syarikat sewa kereta di Sepanyol tak terima kad debit, kad kredit depa sangat suka! Kerani usha semacam saja. Kami buat dek. Ambil kunci, tarik beg, gelak tak ingat dunia! LMAO

Dalam web tulis kereta Renault Clio 1.2. Tengok-tengok dapat Ford Fusion. 1.4 lagi, siap pakai diesel!!! Kereta pun lagi besar saiznya. Rezeki gamaknya. Pasang GPS, cuba try test, beres! Saya yakin saya boleh bawa. Baca Bismillah hidupkan enjin, jalan. Nak turun tempat letak kereta, macam tersangkut. Semua dah gelabah, tuan punya badan tenang~ Keluar dari lapangan terbang, terus tukar dengan Idan. Rasa tak yakin. Satu sebab songsang sisi, satu sebab kurang pengalaman sebab tak suka bawa kereta sangat. I prefer riding. ROFLMAO

Idan dengan machonya membelah lebuh raya Catalunya, terserlah kehebatan memandu beliau. Dengan bantuan Garmin, kami tiba di Travelodge dah nak hampir malam. Letak kereta bawah tanah. Bilik tidur cantik, kemas. Masing-masing penat, makan Maggi sambil tengok Real Madrid yang bosan main sat, tidur. Esok paginya mau mengembara!

Menjejakkan kaki ke Camp Nou merupakan impian setiap Culé. Tersenyum sepanjang 2 jam. Happy! Kemudian Garmin bawa kami ke La Sagrada Familia, kuil gergasi binaan Gaudí di tengah kota. Pusing-pusing di La Rambla & Kafé Hard Rock cari buah tangan dan kami makan malam segera di Pelabuhan Vell. Sayang tak sempat tengok Taman Güell dan La Boqueria. Lain masa nak tengok Barca main, tunggu~





Bagi saya, Barcelona bandar yang sempurna. Tapi kalau bawa kereta, kemahiran memandu memang sangat diuji, berapa inci saja jarak dengan kenderaan di kanan kiri jalan, berderau darah walaupun saya hanya jadi penumpang. Cuaca yang menarik, bandar yang kemas, pelabuhan yang menyenangkan, stadium bola yang gah, mengingatkan saya kepada Liverpool.

Alhamdulillah di Barcelona tiada dugaan besar timpa, melainkan masjid yang dicari tak jumpa, walaupun dengan bantuan Garmin yang dipegang dengan tangan. Agak melucukan.

21:00 Idan dah nampak letih untuk harungi 700 km ke Madrid. Dah masuk lebuh raya, rasa macam salah jalan, pusing balik masuk Barcelona, lalu depan Ciutat Esportiva Joan Gamper (meleleh air liur). GPS dibelek, pilih jalan tanpa tol, meluncurlah kami di lebuh raya. Semua tak tidur dalam kereta sebab masing-masing cuak. Tambah lori-lori besar lalu. Setengah perjalanan, kami berhenti di sebuah stesen minyak, barangkali di Zaragoza. Angin agak kuat di luar. Kami minum kopi dan solat secara duduk di situ. Perjalanan diteruskan. Setelah beberapa jam, Idan mengantuk. Kami berhenti di hentian sebelah untuk tidur seketika. Tingkap buka sikit bagi angin masuk, supaya kami tak mati lemas tercekik. Selepas 4 jam, saya terjaga ekoran tak tahan dek angin musim sejuk yang boleh tahan kedinginannya. Agak lawak teringat kena buka pemanas bila sejuk, terbalik keadaannya di Malaysia, kita buka penghawa dingin bila panas. Hehe.

24 Disember: MADRID

Akhirnya lepas 8 jam pemanduan (dan 4 jam rehat), 11:30 kami tiba di ibu negara Sepanyol―Madrid. Garmin bawa kami ke Hostel Regional. Seperti biasa, cari tempat letak kereta terdekat. Lif tradisional sambut kami di tingkat bawah. Hostel kurang banyak benda, agak uzur. Lantai pun serupa nak tempah maut. Agak mengerikan. Serba sederhana. 1/5. Lepas makan dan solat, kami berjalan ke Plaza Mayor dan seluruh kawasan terdekat. Secara jujurnya, Madrid agak membosankan. Penuh dengan bangunan-bangunan yang agak unik saja. Bernabeu pun rasa malas nak tengok. Kami cuba nak naik metro tapi akhirnya gagal. Pusing-pusing, tangkap gambar, kami cari kedai makan halal. Jumpa sebuah restoran ala-ala Arab. Bila masuk tanya pekedai, dia tak pasti kehalalan. CEO pun pening dengan status halal kedainya. Oh Bulan!







Malam kira hutang masing-masing. Tidur. Esok kami nak ke Córdoba!

25 Disember: CÓRDOBA

Andalucía (nama jolokan untuk selatan Sepanyol) destinasi kami seterusnya. Terpaksa ketepikan Málaga dan Sevilla sebab hanya ada 3 hari di bawah sana. Jadi kami pilih untuk ke Córdoba, Granada dan Gibraltar. Sebab dekat-dekat, maka kami setuju untuk menginap di Granada saja. Perjalanan dari Madrid ke Córdoba sejauh 400 km. Seperti biasa, Dan pemandu berbayar. Sepanjang perjalanan sungguh cantik bumi Sepanyol. Seawal 7 pagi kami dah bertolak~

Memang rezeki kami dapat masuk La Mezquita sebab sampai tepat pada masanya. Hanya 60 minit diperuntukkan untuk melawat masjid kemegahan Córdoba yang penuh sejarah. Sangat rasa bertuah. Sementara tunggu pintu dibuka untuk awam (ada penganut Kristian sedang sembahyang katanya) kami ambil angin di luar laman masjid. Kemas, cantik, ringkas kawasan dan seni binanya. Daripada luar, La Mezquita tak nampak macam masjid. Masuk dalam, Allah, sayu hati sebab sangat menawan. Malangnya sekarang dah jadi muzium dan pihak tertentu ada bina gereja di tengah-tengah halaman dalam masjid. Sedih tengok tapi apa nak buat. Dinding dipegang, diusap. Mimbar untuk imam pun dipagar mungkin untuk dijaga keasliannya. Kepingan-kepingan daripada dinding asal masjid yang bertulisan Arab dimuziumkan. Idan dijadikan mangsa untuk duduk antara dua sujud tapi malangnya ditegur oleh pengawal. Por favor! Dapat juga sekeping dua gambar. Haha. Tamat 1 jam masa melawat, kami pusing-pusing bandar cari masjid dan kedai makan. Malangnya tak jumpa. Singgah sebentar di Jambatan Roman tengok ‘keganasan’ Sungai Guadalquivir...









Sebab terlalu lapar, Garmin diarah untuk bawa kami ke Carrefour terdekat. Kami beli roti dan minuman buat bekalan. Beberapa minit perjalanan, kami singgah di stesen petrol, bukan untuk isi diesel tapi untuk solat. Ford Fusion hitam diletakkan ikut arah kiblat jadi kami boleh solat dalam kereta. Perjalanan ke Granada diteruskan dan setelah beberapa jam, Garmin berjaya jumpa hotel kami. Hotel yang ditempah sungguh cantik, tak sangka sehebat dan semewah 4 bintang sebab harga dia sangat murah. Kali pertama kami dapat letak beg untuk 2 malam. Semua keletihan tiba di bilik, makan Maggi, tidur…

26 Disember: GIBRALTAR

Esok pagi, kami bersarapan percuma di hotel. Pekerja-pekerja hotel macam boleh agak kami menapau beberapa croissant dan bun yang lazat, asyik-asyik tengok meja kami. Agak melucukan, nasib berjaya diseludup! Haha. Kami bertolak ke Gibraltar jam 9.30 pagi. Bahang panas suhu atas 15 darjah Celcius dah rasa bila melalui sisiran laut. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan Laut Mediterranean yang cantik. Kesian Idan kurang menikmati sebab kena bawa kereta! Haha. Tiba di La Linea de Conception jam 12:45, kami letak kereta, masukkan €5 tiba-tiba lekat! Masuk ke hotel bertentangan minta tolong, rupanya hari Isnin letak kereta adalah PERCUMA! Rugi buta. Malu bertanya sesat jalan~

Tibalah kami di negara kedua – Gibraltar! Ia merupakan tanah jajahan luar negara milik Britain. Boleh tengok tong sampah, lampu isyarat, sistem jalan raya, dll serupa UK. Gibraltar dipertanggungjawabkan kepada Idan. Dia sangat teringin nak sampai sini. Sejarah terpenting Gibraltar adalah pintu masuk syiar Islam ke Eropah pimpinan Thoriq bin Ziad (sahabat Nabi) semasa zaman khilafah. Selepas itu, barulah tersebarnya Islam meluas ke Córdoba, Granada, dll. Malangnya, sejarah itu dipadam/ditutup oleh British kini sehinggakan Jabal at-Thoriq diubah kepada Gunung Batu (Mountain of Rock).

Gibraltar kawasan yang sangat unik. Boleh kata 60% daripada kawasannya dipenuhi oleh gunung tersebut. Jadi, laut ditambak untuk menampung keperluan rakyat seperti jalan raya, lapangan terbang, dll. Kami berkesempatan mendaki Jabal dengan kereta kabel dan melihat keindahan bumi ciptaan-Nya daripada puncak Gibraltar, dikelilingi Laut Mediterranean yang membiru kehijauan. Malangnya kami tak sempat melawat sistem pengairan yang menggunakan reverse osmosis daripada air laut, yang dibina hebat di celahan Jabal Thoriq untuk kegunaan penduduk Gibraltar. Lepas itu, kami singgah di Masjid Ibrahim-al-Ibrahim yang Subhanallah sungguh cantik! Ia dibina hasil derma Raja Fahd, Raja Arab Saudi ketika itu (sekarang puteranya, Raja Abdullah). Putih berseri, luar dalam sungguh menambat hati. Masjid tersebut bersebelahan dengan Europa Point yang mana ia adalah titik paling hujung Eropah dan ditandakan dengan sebuah rumah api. Langit biru, air laut hijau, angin sepoi-sepoi bahasa, memang sangat menyenangkan jiwa bertafakur seketika lepas penat dahaga…











18:45 kami pulang ke hotel, seperti biasa Maggi sebungkus, tidur…

27 Disember: GRANADA

10 pagi esoknya kami perlu kemas beg dan terus gerak ke Al-hamra’. Dengar kata hanya terhad kemasukannya. Bergegaslah kami. Tak sangka hari agak sejuk maka jaket kena pakai. Hehe. Tiket dalam €12, ISIC & kad pelajar tak diterima. Kata pegawainya, Istana Nasrid yakni tempat paling terkenal dalam kota Al-hamra’ dibuka jam 12. Jadi kami perlu pelan masa dan zon untuk dilawat melalui peta yang diberikan. Senang cerita, saya sungguh kagum dengan kecantikan, kebersihan, kekemasan, keunikan, kehebatan kota Al-hamra’. Tak terungkap dek kata-kata nak hurai, kena pi tengok sendiri. Kamera pun tak larat nak tekan sebab terlalu banyak sangat benda dan pemandangan yang nak dirakam. Sampai duduk berehat sebab sangat terpesona. Penat tak yah kata, kota sangat besar dan luas dengan tamannya, istananya, masjid lamanya, kedai cenderamatanya dan macam-macam lagi.

Bila masuk dalam Istana Nasrid, hampir 1-2 jam masa habis tangkap gambar saja. Jadi, semua orang terpisah. Nak juga dapatkan tangkapan yang kita puas hati memang makan masa. Nak cari sudut, Allah, susah lagi mencabar! Orang pun ramai, beresak-esak. Rekaan dalaman dan ukiran di dinding-dinding sungguh kemas, terperinci dan cantik. Terima kasih juga kepada Tokina 11-16mm terutama f2.8nya sebab flash tidak dibenarkan. Tapi hanya satu saja yang kecewa. 12 singa yang memancutkan air melalui mulut tika azan berkumandang telah dikeluarkan dari tempat asalnya sebab kerja pembaikpulihan sedang dilakukan. Kesemua singa tersebut dah ditelan dek zaman maka sekarang keasliannya telah hilang akibat proses pembaikan struktur dan bentuknya. Gambar pula tidak dibenarkan tangkap dan pegawai khas ditugaskan untuk pemerhatian tersebut. Ada juga cuba matikan bunyi pemetik tapi risiko tetap ada jadi sangat bahaya. Generalife satu lagi daripada berbelas taman yang indah dalam kota ini. Agaknya, pemerintah Islam zaman tersebut suka ambil angin bersama permaisurinya tika penat bila hari menjelang malam, berehat-rehat tengok pancuran air dari atas beranda/tingkap singgahsana mereka.









Dalam asyik tengok buah tangan, tiba-tiba ada orang jerit, “Shiham! Shiham!” Dalam dok kalut cari, tengok-tengok Grace! Tak sangka jumpa di sini. Grace yang belajar di Kolej Imperial London bersama teman sebiliknya pusing Sepanyol juga. Dia antara 2 teman baik berbangsa Cina yang saya kenal di KMB, seorang lagi Hui Hui. Saya yang sangat terkedu tak mampu cakap apa-apa hanya senyum saja. Kami ambil gambar kenang-kenangan dan berpisah.



Seharian di kota Al-hamra’, kami cari masjid untuk bersembahyang. Luaran masjid tersebut agak pelik, dalamannya cantik dan sangat bersih. Ramai manusia menunggu matahari terbenam berlatarbelakangkan kota Al-hamra’ dan Sierra Nevada. Subhanallah lawa gila. Perut dah bergendang. Kata seorang kenalan di masjid tadi, ada kedai makan halal di kawasan berdekatan yakni Kuarters Arab. Alhamdulillah gembira GIT masing-masing. Tuan punya kedai orang Sepanyol yang peluk Islam. Pekerja restoran pula ramah dan melayan kami dengan sungguh baik. Dia sebenarnya sedang berpuasa dan malu-malu dengan kami waktu berbuka. Kami minta nasi dan kambing untuk 5 orang makan. Tumpang tunggu, kami dapat pizza percuma. Alhamdulillah! Bila menu utama sampai, semua dah tak sabar! Memang sedap dan kenyang. Alhamdulillah semua perut dah diisi, maka perhentian seterusnya, Valencia!

28 Disember: VALENCIA

Budak 3 orang di belakang dah selesa dengan pemanduan Idan, maka apa lagi. Mai ketua! Hahaha. Tinggal aku jadi teman sembang Idan. Bila penat dan mengantuk, kami berhenti beli air di hentian sebelah dan tidur sat. Akhirnya dalam 4 atau 5 pagi kami tiba di tempat letak kereta Lapangan Terbang Valencia. Berseri-seri muka semua. Naik atas, turun bawah tak jumpa kawasan tempat letak khas untuk Sol-Mar. Cuba telefon tak dijawab. Kami cuba cari gudang Sol-Mar dan berjaya jumpa (terima kasih Garmin). Malangnya masih tutup. Patah balik ke tempat letak kereta dan kami semua setuju untuk tinggal kereta dan tunggu dalam terminal saja. Seperti yang dijanjikan, kereta akan diserahkan jam 7:00. Orang di kaunter pertanyaan suruh tunggu di depan terminal sebab akan ada orang datang ambil katanya. Bila kami tanya syarikat kereta lain (sebab kaunter Sol-Mar tak wujud!), kereta mesti disediakan di depan terminal. Fizah dan Fatin tunggu semua beg dalam terminal manakala Mai teman Idan dalam kereta. Kami sabar. Kereta dah berapa kali tawaf terminal sebab dihalau pengawal. Bila sudah 7 lebih, tekanan makin memuncak sebab panggilan kami masih tidak dijawab. Nasib ada telefon Fatin sebab kredit semua orang dah habis. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Penerbangan Ryanair kami ke Marseille jam 9:05 telah dibuka pendaftarannya. Jam menunjukkan 8 pagi, semua dah resah macam orang gila. Akhirnya Sol-Mar telefon! Katanya dia dalam perjalanan ke terminal. Tunggulah saya di depan terminal sementara Idan dan Mai kendalikan kereta. Akhirnya van Sol-Mar sampai setelah 15 minit (lembab). Malangnya, seorang saja pemandu yang datang (bodoh). Maka kami terpaksa ke gudang lagi sekali. Kami suruh urusan dipercepat sebab masa suntuk. Selesai semua, kami dihantar ke terminal. Jam menunjukkan 8:30!!! Bergegas berbaris cop pas penerbangan dan cuba daftar beg malangnya tak diterima!!! Tanpa fikir panjang, kami bergegas di celahan orang awam ke kastam. Sampai giliran kami bersama beg besar gajah, pegawai kastam tengok pelik. Bila diimbas, ada pisau, senduk, garfu dan pelbagai cecair. Saya dan Idan yang bertanggungjawab bagi keterangan. “Kalau kamu nak bawa semua barang ini, tolong minta pegawai di kaunter pendaftaran!” balas pegawai kastam separuh abad yang tegas. Semua dah ketar lutut. Fizah, Fatin dan Mai dah lepas. Maka 2 anak bujang berlari seperti orang mabuk ke kaunter kembali dan kami terpaksa potong giliran dan merayu kepada pegawai tadi malangnya dia memang tak dapat bantu sebab masa pendaftaran beg dah ditutup. Lesu dan seperti orang serah kalah, kami terdiam 5 minit. Ini bag Juwe, periuk nasi Razeen punya, banyak buah tangan kami, bag ini tak mungkin aku tinggal! Gamak terlepas penerbangan lagi sanggup tapi kalau boleh jangan!!! Akhirnya kami dua buat keputusan, apa yang kastam nak, let it go!!! (Kalau boleh, JANGAN!!!) Lalu, tanpa memikirkan malu, kami dua lari kembali ke kastam. Idan nampak sungguh serabut, kesian dia. Benci amat tengok pegawai kastam tadi sebab dia sangat tak membantu malah susahkan lagi keadaan kami! Berdebar-debar bila dia buka beg. Hanya beberapa barang saja kena ambil; pisau, garfu dan gel rambut L’oreal Shiham! Sebelum berlepas, sebab tersangat lambat sekali, semua beg kami didenda €10 tiap satu. Sabar!!! Semua di dalam kapal tunggu kami rupanya, terasa macam VIP seketika! Lega tak terkira tak terlepas kapal, duduk, dan termenung sepanjang 1.5 jam penerbangan ke Marseille…

Apa yang boleh kata hanya ALHAMDULILLAH. Kalau terlepas kapal, kena cari tiket Ryanair baru, tempat tinggal untuk beberapa malam bergantung kepada tiket baru maka secara tak langsung terlepas keretapi TGV ke Nice kemudiannya, dll.

28 Disember: MARSEILLE

Kegembiraan di Sepanyol bagai hilang, mati bila ambil beg di Marseille. Rasa redup. But life must go on. Kami bergegas keluar cari bas ke stesen keretapi. €8.50 tiket. Bas agak selesa, tapi penuh dengan penumpang. Marseille hanya dapat dijeling dari dalam bas. Tiba di stesen keretapi, kami tuntut tiket di mesin mesra pelanggan dan minum sebentar sebelum berlepas. Keretapi TGV dah tunggu rupanya. Alhamdulillah akhirnya kami berlepas ke Nice meninggalkan keserabutan Valencia. Příští zastávka: Gare de Nice-Ville!

28 Disember: NICE

Nice sambut kami dengan riang. Terlupa seketika cabaran-cabaran yang lalu. Tersenyum bila keluar dari stesen keretapinya. Kami dapatkan bantuan dan peta Nice lalu cari hotel yang sangat dekat dengan stesen. Bersepah ulat menawarkan khidmat pengangkutan. Pusat bandar Nice tak besar, jalan pun boleh rasanya. Tiba di hotel, kami dibawa ke hotel yang lain. Tak paham sebenarnya tapi layan saja, janji ada bilik sudah. Bilik boleh tahan selesanya tapi Hotel Luna Arabial Granada lagi mantap. Letak barang, solat, kami berjalan-jalan di sekitar Nice. Cantik, ringkas dan kemas. Orang pun ramai, tempat panas katakan. Banyak restoran halal, orang berkulit hitam pun boleh tahan. Betul kata Hazwan, sahabat di Aix (ketika itu), selatan Perancis ramai orang Arab dan Afrika.

28 Disember: MONACO

Kami tak lepaskan peluang lawat Monaco, sebuah negara, bahkan negara kedua terkecil di dunia selepas Bandar Vatican! Dengan hanya €1, kami tiba di Monaco dengan bas. Perjalanan yang hanya ambil masa 40 minit dari Nice sungguh cantik dek pemandangan laut ekoran bas bergerak di lereng bukit. Tambahan hari dah nak gelap. Agak dah sampai di Monte Carlo, kami bantai saja turun. Tak sangka kami ‘dijemput’ deretan air pancut yang cantik, penuh dengan cahaya. Rupanya di bawah sana ada kasino. Monte Carlo memang terkenal dengan perjudian, selain Formula 1. Penuh kereta-kereta mewah seperti Maserati, Porsche, Ferari, Lamborghini atas jalan. Setakat Mercedes, BMW, Alfa Romeo tak larat kira. Bila masuk dalam kedai cenderamata terus keluar balik. Harga tersangat murah! Contoh, pelekat peti ais paling murah €7!!! Kami membelah malam berjalan sekitar bandarnya melihat apa orang-orang kaya di sini beli, makan, tinggal. Memang tak terkata, memang terlampau kaya! Monaco hanya LAYAK untuk orang berduit kesimpulannya…



Tapi 28 Dis 2010 sangat bermakna sebab kami berada di 3 negara yang berlainan; Sepanyol, Perancis & Monaco!

Pada masa yang sama, Idan risau akan penerbangan kami esok ke Brussels, takut-takut batal sebab musim sejuk yang sangat tak menentu sekarang. Dia cuba hubungi kawannya di Aberdeen tolong semak status penerbangan Eropah hari ini, terutamanya yang ke Brussels tapi gagal memperoleh jawapan sangat. Idan cadang mahu ke lapangan terbang sekarang tapi saya 50-50. Hari dah hitam. Balik ke Nice kami dua terlentok dalam bas. Tiba di stesen bas, para wanita berbincang dan bersetuju kita semua makan sebab tengok kami dua yang dah longlai. Dengan kata lain, rancangan nak ke lapangan terbang dibatalkan. Balik ke bilik, solat, tidur...

29 Disember: NICE

Selamat pagi Nice. Perasaan saya masih bercelaru, kurang menentu. Tapi rancangan kami berjalan-jalan ambil angin di tepi pantai tetap tak ubah. Nice tak berjaya dirakam banyak sangat, masa cemburu gamaknya. Kepada semua, lagi sekali saya minta maaf!







Perjalanan ke lapangan terbang Alhamdulillah berjalan lancar. Debaran hanya pada penerbangan yang dijadualkan pada 11:30. Apakah status Brussels? Di papan maklumat, semua penerbangan dah keluar masa berlepas, penerbangan kami terhimpit di tengah-tengah, tanpa masa. Tiba-tiba, tunda ke 13:55! Layan croissant percuma dan kopi panas dulu. Cari pelekat peti ais Nice di kedai-kedai tanpa cukai sekitar. Sampai masa, kami semua berlepas~

29-30 Disember: BRUSSELS

Jam 14:10 tiba di Charleroi, agak jauh kami menapak sebelum ambil beg dan cari kaunter pertanyaan. Pelan asal nak tengok Atomium dan Mini Europe terpaksa dibatalkan ekoran faktor masa yang singkat. Kami menuju ke pusat bandar dengan keretapi. Tiba di Stesen Centraal Brussels, semua setuju nak isi perut terlebih dulu. Kami terhenti di luar stesen untuk bincang. Seorang hamba Allah berjaket tebal menutup kepala tiba-tiba seperti mendekati kami. Lain macam. Bila kami masuk ke dalam stesen untuk lebih rasa selamat, tiba-tiba dia bertawaf bulatan kami berlima, 3-4 kali. Berderau. Kami terus beredar keluar ke pusat bandar dengan harapan pengemis jalanan tersebut tak ikut. Akibat beg yang berat, saya dan Idan meronda mencari “i” untuk bertanyakan di mana kedai halal. Orang agak sesak di tengah jalan utama kota Brussels. Kamera memang tak sempat nak petik. Bila dah jumpa, kami patah balik ke tempat Fizah, Fatin dan Mai tunggu untuk sama-sama ke restoran. Selesai makan, kami berpatah balik ke terminal keretapi untuk ke destinasi seterusnya―Gare de Bruxelles-Midi. Idan beli tiket dan kami diarahkan untuk sahkan tiket tersebut di sebuah mesin. Malangnya, naik turun tangga, platform ke platform, benda yang dimaksudkan tak jumpa. Kami hampir tersalah naik keretapi, nasib seorang wanita pertengahan umur tolong. Sebelum itu, beberapa manusia di sekeliling yang tak berhati perut senyum sinis akan ‘kebodohan’ kami.

Akhirnya kami tiba di Gare de Bruxelles-Midi. Eurostar kami dijadualkan jam 830 malam, yakni keretapi yang terakhir untuk hari itu. Seawal jam 7 kami sudah beratur sebab prosesnya lebih kurang macam naik kapal terbang, kena imbas, dll. Melihat barisan, Alhamdulillah kami berada di tengah-tengah. Tapi bila tiba giliran, kami jadi yang paling akhir sekali. Memang tak perasan manusia berpusu-pusu potong barisan untuk cepat. Allah. Agensi Sempadan UK menanti di depan. Sampai giliran saya, bertalu-talu soalan ditanya!

“Kenapa anda datang UK? Di mana anda akan tinggal di UK? Berapa hari? Kenapa nak ke Aberdeen? Boleh saya tengok tiket keretapi ke sana?” Percubaan menipu gagal. Memang tak terfikir pergi ke Aberdeen di utara Scotland dan balik ke London dalam masa satu hari adalah sama sekali TAK LOGIK! Saya terdiam. Idan datang tolong. Saya dan lain-lain diminta isi borang lagi sekali manakala Idan berjaya lepas. Kastam suruh letak Lapangan Terbang Luton sebagai tempat tinggal sebab kami bakal tidur di sana 2 malam esok. Manusia semakin berkurangan di tempat menunggu. Keretapi lagi 5 min nak gerak. Semua sudah berpeluh. Bila lepas kastam Britain, Idan lari dengan harapan sempat tahan Eurostar malangnya dihalang pegawai-pegawai di situ. The train just left. Kami terkesima. Lagi sekali tempat tinggal di London melayang. Kami yang marah terus jumpa pegawai Eurostar dan selesaikan urusan tiket untuk esok. Nasib tak kena bayaran tambahan. Berjalan hampa, kami berlima terpaksa cari tempat tinggal untuk semalam. Esok pagi semua berjanji nak ambil keretapi pertama. Cari punya cari, jumpa hotel €30/kepala. Layan saja sebab semua dah penat tahap moksya. Idan jelas kecewa, mungkin sebab dia yang bertanggungjawab untuk jalan-jalan London, tapi apa nak buat. Solat, tidur…

30-31 Disember: LONDON

Keghairahan menaiki Eurostar yang membelah selat Inggeris bawah laut sikit tercalar ekoran peristiwa hitam semalam. Alhamdulillah hari ini semua berjalan lancar termasuk trafik di Stesen Antarabangsa St. Pancras yang telah lumpuh seminggu yang lalu. Perjalanan makan masa hampir 2 jam. Semua kepenatan lalu berehat saja tanpa bicara. Lagi pun, esok lusa dah nak berpisah, sedih gamaknya. Tiba di St. Pancras, seperti biasa, “i” diserbu. Kami beli tiket Tube dan ke Luton malam kemudian. Simpan beg, kami mulakan pelan pengembaraan London!

Tube agak mengelirukan sebab banyak warna. Prague 3 warna saja. Manusia bergerak pantas di bawah tanah. Kami ke London Eye. Awan musim sejuk redup, gelap. Akhirnya kami berjalan ke Big Ben, parlimen dan W. Abbey sambil tangkap gambar sekeping dua. Kemudian kami ke Tower Bridge dan ambil angin seketika di situ. Bila perut menyanyi, kami gerak ke Stesen Queensway untuk makan tengahari di MSD, lauk Malaysia katakan! Haha. Sebab tempat makan penuh, kami solat dulu sementara tunggu meja kosong sikit. 99% orang Malaysia tapi langsung tak tegur sapa. Saya ambil 7 jenis lauk sebab dah lama tak rasa orang tempatan masak. Tambahan, pengusaha kedai orang Taman Berlian Sungai Petani, ramah bukan main! Bila dah kenyang, kami cari buah tangan di deretan kedai berhadapan Stesen Queensway. Pastikan anda membeli di kedai pertama dalam barisan, pekedainya seorang wanita India Malaysia yang telah menetap di London berpuluh-puluh tahun sebab kahwin dengan orang sana. Dia sangat baik hati dan pastinya akan bagi lebih daripada apa yang kita beli! Harga pun sangat berpatutan. Seterusnya, upacara membeli-belah diteruskan di Jalan Oxford.









Keluar dari stesen Oxford Circus, manusia Subhanallah macam semut! Tersangat ramai. Kami semua ke Sportsdirect sebab di sana pakaian-pakaian dengan harga yang sangat berpatutan, sesuai dijadikan buah tangan untuk Mai dan Fatin bawa balik ke Malaysia. Merempuh lautan manusia, agak meletihkan tapi saya sudah biasa. Kesian Mai dan Fatin saja. Lama juga jalan akhirnya sampai. Lautan manusia melembabkan keadaan, tempatnya tak jauh sangat sebenarnya. Fizah tolong Mai dan Fatin cari pakaian yang sesuai manakala saya bersiar-siar di kedai kegemaran. Hehe. Idan sudah kepeningan tahap dewa, kesian. Asyik membeli-belah, tak nampak kelibat semua orang. Tak terfikir pula semua dah beredar. Rupanya tinggal saya dan Fizah yang kebingungan tengok hang aku. Pusing berkali-kali keliling kedai yang besar gedabak tapi tak nampak bayang Mai, Fatin dan Idan, dan langsung tak terfikir nak tengok telefon. Kami ingat mereka bertiga ke kedai-kedai lain di sekitar Jalan Oxford sebab mereka memang nak membeli-belah. Bila tengok telefon, Allah, semua dah tunggu di St. Pancras 2 jam yang lalu. Miscommunication. Tak sangka depa terus ke stesen dari Sportsdirect. Memang diakui semua sangat penat. Saya dan Idan pergi membeli makanan untuk bekalan bila di Luton lewat malam nanti. Kami naik keretapi dan kemudiannya bas ke Luton. Lepas dapat tempat duduk, kami kemas semua barang semula dan tidur-tidur ayam dek tiupan bayu sejuk yang menyelinap melalui pintu terminal yang sentiasa berpusing 24/7…

Alhamdulillah esoknya Idan terbang pulang ke Aberdeen jam 7:05 melalui Easyjet dan kami berempat ke Prague dengan Wizzair jam 7:35. Bermacam-macam benda terngiang-ngiang bila berpisah dengan Idan, seorang sahabat lama yang banyak membantu pembentukan diri saya dari segenap segi. Terima kasih dan minta maaf sangat-sangat untuk segalanya. Terdiam 30 minit.

31 Disember: PRAHA

Tiba di Prague jam 10:25, saya dan Fizah bergegas ke rumah Juwe, beg Fatin di sana. Kemudian ke pusat bandar, beli makanan untuk Fatin dan Mai yang akan pulang 15:50 nanti. Sementara di lapangan terbang, Fatin dan Mai kemas apa yang patut, menanti kepulangan kami. Dalam masa 2 jam Alhamdulillah semua selesai. Tunggu Fatin dan Mai masuk ke dalam, tinggallah kami berdua di Terminal 1 Lapangan Terbang Ruzyně...

*****

KELEBIHAN-KELEBIHAN
1. Sangat banyak tempat yang kami dapat tengok/lawat di 5 negara yang berlainan dalam masa 2 minggu dengan pengalaman-pengalaman yang memang tak ternilai dek wang ringgit.
2. Duit jimat banyak sebab hanya 1 malam penginapan di setiap tempat kecuali berlaku kemalangan yang tak diingini di tempat-tempat tertentu.
3. Terima kasih kepada beras 3 kg, periuk nasi, sambal bilis 3 bekas, roti sebuku, berbungkus-bungkus Maggi yang berjaya menyelamatkan duit kami untuk seminggu!

KEKURANGAN
Kurang masa untuk setiap tempat yang dilawati jadi tak semua tarikan pelancong berjaya dilancongi dengan jayanya

FAKTA-FAKTA RINGKAS
Perbelanjaan keseluruhan: ± €1000
Bil. hari: 14
Bil. perserta: 5
Bil. bandar yang dilawati: 9 (Praha, Barcelona, Madrid, Granada, Gibraltar, Córdoba, Nice, Monaco, London)
Bil. bandar yang hanya sempat singgah: 3 (Valencia, Marseille, Brussels)
Bil. bandar yang tak berjaya lawat: 1 (Paris)
Jumlah gambar dan video yang dirakam: 2185 fail, 14.2GB

Hanya gabungan gambar terbaik pilihan peribadi saja dipaparkan di atas sebab tak menang mata nak pilih. Album lengkap untuk setiap tempat dapat dilihat di Facebook saya seperti berikut:-

Quote:
Barcelona http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1819812738815.2107205.1345054176
Madrid http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1823235104372.2107536.1345054176
Córdoba http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1824793543332.2107679.1345054176
Gibraltar http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1822645649636.2107488.1345054176
Granada http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1824789663235.2107678.1345054176
Nice http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1833391398273.2108468.1345054176
Monaco http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1833373157817.2108467.1345054176
London http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1838689890732.2108869.1345054176




*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net