I like photography

By: shiham seishu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Apr-2012 22:02 Email | Share | | Bookmark
Kayuhan Istana

Teringat tahun 2000 aku masuk jogathon peringkat negeri Kedah. Esoknya nak lari 12 km kasut baru nak cari. Abah beli sepasang kasut Bata warna putih dekat City Point. Seronok tak kira! Tengah dok lari, tali kadang-kadang tercabut. Bila berhenti ikat, ada orang potong. Penat juga lari jauh jauh. Tak sangka pulun punya pulun dapat juga nombor 20, orang terakhir dapat pingat untuk kategori bawah 12 tahun! #berbaloi



Jumaat lepas, kami berkonvoi. 5 orang sewa basikal di kedai milik Vojtěch Kulhánek. Harga agak berpatutan, kot lerong 199 sampai 249,- Kč sehari. Deposit dari 3k hingga 5k. Basikal pun puas hati, elok & sesuai.

Dari Hradec, basikal kena beli tiket juga nak naik keretapi. Pegawai tiket garu pala tengok sekali humban 10 biji dalam gerabak. Super, kata beliau. Kami ketawa.

Sampai di Praha hl.n., semua dah tak sabar-sabar nak kayuh. 40 km saja, tak jauh. Haha.



Lebih kurang jam 11 pagi, kami bergerak. Masing-masing pulas kelajuan atas bawah, macam Valentino Rossi kononnya. Bandar Praha padat dan penuh dengan kereta, agak sukar untuk kami yang bergerak seramai 10 orang. Jalan berbukit-bukau (hulu sangat pula bunyinya). Khai jadi juru tunjuk jalan dengan iP buatan Chinanya.

Kami mencari jalan keluar dari bandar terlebih dahulu. Ada ketika semua kena tuntun basikal naik tangga dan rentas jambatan seberang sungai. Teringat dekat jambatan keretapi Alor Madi. Kadang-kadang kami berhenti bergambar sekeping dua.

Ada dua pilihan untuk ke Karlštejn dan kami pilih jalan di persisiran sungai daripada jalan dalam hutan.

Waktu sampai dekat Radotín, salah sorang daripada ahli rombongan bertukar menjadi sebuah cerek. Sumpah lucu. Dan tiba-tiba hujan rintik-rintik turun. Semua 'bungkus' diri masing-masing dan kami pun teruskan perjalanan. Nampak sungai, kami berhenti makan roti dan rehat sat.



Bersambung...

Gambar diambil dengan kamera telefon HTC P3600i

Jom jadi muslim yang kuat iman dan tubuh badan!

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


Saturday, 7-Apr-2012 22:04 Email | Share | | Bookmark
Dr. Aishah

3 hari sebelum peperiksaan akhir lisan Neurology, aku di fakulti. Tengahari seperti biasa, waktu makan. 3 jam berlalu. Waktu baca bab sawan, rasa loya semacam dan rasa nak muntah.

Jam tunjuk pukul 3. Aku berjalan ke tandas lelaki tingkat 2. Selang berapa saat, bersepailah muntah pertama. Aku duduk di kerusi menarik nafas panjang, terkejut. Sekurang-kurangnya semua dah keluar tadi, pujuk hati. Kembali mentelaah kononnya semua dah selesai.

3.43 petang bergegas lari ke tandas balik, panggilan kedua. Lagi dasyat, berpeluh bagai! Paip dibuka biar air mengalir membawa siat-siat ayam hasil kerja perut. Kali ini muntah lebih pekat merahnya. Siap tersumbat hidung. Kepala dah mula pusing. Tutup computer, nota & buku Neuro, aku pulang ke rumah untuk tidur. Agak tertekan fikir periksa dah dekat tapi apa boleh buat.

Sementara tunggu bas terpaksa meludah sebab banyak sangat air liur dalam mulut. Dalam bas jumpa budak Olomouc, kami sembang sikit. Aku berlakon kononnya sihat padahal tengah tunggu masa nak mun! Dalam perjalanan ke rumah, panggilan ketiga dah tak sabar-sabar. Masuk rumah tak dan nak buka baju sejuk, sarung tangan, bersepai sinki tandas. Subhanallah. Aku cuba bersikap tenang. Tapi pecah peluh juga.

Dari bilik ke dapur, bermacam-macam bau ada terutamanya lauk pauk yang enak. Allah, deria bau yang terlalu sensitif, lalu yang ke-4 tak malu-malu hadir. Agak lunyai, nak minum tak berani maka katil menjadi sasaran. Aku sediakan cawan di sebelah sebab air liur tak henti-henti keluar.

Malangnya mata tak boleh nak lelap tapi kepala berdenyut-denyut. Golek punya golek, padam dalam 2 jam. Bangun sembahyang ‘Asr terus terima panggilan ke-5. Rupanya hidung si pemuntah memang sangat peka terhadap sebarang bau. Ke hulu ke hilir macam orang hilang anak. Air liur masih ligat mengalir.

7 jam berlalu. Tak lama yang ke-6 menyusul. Apa yang ingat sekarang, telefon Mama. Nak sangat cakap dengan Mama. 10 malam waktu Czech, 4 pagi waktu Malaysia. Terpaksa kacau Mama yang sedang enak dibuai mimpi. Mama jawab, syukur sangat. Mama suruh minum air kosong tapi aku baru siap bancuh secawan teh panas. Dua-dua aku bantai. Kalau muntah lagi lepas ini, Shiham akan ke hospital, tegas aku kepada Mama.

SMS kepada Ramzul dah siap taip, minta tolong Ismail hantar aku ke hospital. Tapi SMS masih tak hantar.

Air liur semakin banyak. Sedar tak sedar, aku muntah untuk kali ke-7. Kali ini, muntahnya kurang merah tapi terasa teh panas sekali tersembur keluar. Ngeri gila. Selang beberapa minit kemudian, aku muntah untuk kali ke-8. Terasa masamnya muntah mungkin sebab asid yang banyak keluar. Allah, betapa seksanya, sakit, pedih, peluh, mata berair tak terkira.

Rekod peribadi: 8 kali muntah dalam 1 hari.

***

Pengajaran yang boleh dibawa balik ke rumah:

Mama bukan hanya seorang yang ibu tapi seorang ‘doktor’ bagi segala jenis penyakit (walaupun anaknya bakal menjadi seorang doktor). Allah cipta ibu seorang insan yang sangat istimewa, dia tahun serba serbi. Tabik spring, Mama!



Tapi ada manusia yang tak hargai ibu walaupun ibunya masih hidup. Dia lebih nampak salah ibunya yang terlalu sikit daripada segala bentuk pengorbanan (nyawa, masa, tenaga, dll) yang tak terkira banyaknya selama ini.

Alangkah ruginya seorang anak yang tidak melayan ibunya dengan baik sedangkan hakikat mengatakan ibu adalah tiket kita ke syurga. Subhanallah besar nilai seorang ibu pada diri kita, bukan saja di dunia terutamanya lepas kita mati. Tak kan kita tak mau masuk syurga kan?

Syurga di bawah tapak kaki ibu

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


Sunday, 19-Feb-2012 19:42 Email | Share | | Bookmark
Pro-common Sense

Dalam 2 bulan lepas, video Anwar Hadi di bawah sungguh menarik perhatian saya.



Isu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Common sense.

Manusia kena selalu beringat sebab kita semua kerap kali lupa, maklumlah tak sempurna.

Berhempas pulas memikirkan formula mudah untuk menyampaikan tajuk ini dengan lebih berkesan supaya ianya menyentuh jantung-jantung yang membacanya. Insya Allah.

1. Pandai buka, kena pandai tutup.
2. Pandai kotor, kena pandai bersih.
3. Pandai semak, kena pandai kemas.
4. Pandai masak, kena pandai basuh.
5. Pandai guna, kena pandai isi/tambah.

Nampak mudah sangat, tapi?

***

Inilah contoh ’kebersihan’ yang ditonjolkan sebahagian golongan bukan Muslim di fakulti, tambahan yang bakal bergelar doktor perubatan & doktor gigi, SANGAT MEMALUKAN. Bila tumpah buat bodoh. Bila makan, tinggal bersepah kotak piza macam ada kuli batak yang akan kemas untuk anak raja.




Akhlak orang Islam sepatutnya sentiasa sukakan kebersihan.

Muhasabahlah diri sendiri banyak-banyak.



Gambar diambil dengan kamera telefon HTC P3600i

Kebersihan adalah SEBAHAGIAN daripada iman

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


Thursday, 12-Jan-2012 00:45 Email | Share | | Bookmark
Vítejte na rodině!



Saya dengan ini mengalu-alukan kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Perkenalkan isteri saya..........

Nota hati: Tolong doa-doakan supaya jalan kami dipermudahkan-Nya. Ameen!



Mempersembahkan!!!



Terima kasih tidak terhingga kepada Aina & Anis (bukan kembar) yang telah bersusah-payah berjogathon 15.87 km dalam 7-9 terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, Jerman untuk rancangan Jejak Kasih: Di Mana Lufthanza?, Disember lepas. (kah kah kah)

Quote:
Czech Airlines bakal dipinang
Airberlin dalam perancangan
Turkish Airlines jual mahal


Gambar diambil dengan D90 + 18-70 mm tika matahari terpacak di bulan Januari

Now everyone can fly~

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


Saturday, 24-Dec-2011 18:04 Email | Share | | Bookmark
UFO



Unidentified Flying Object?

Unleaded Fuel Only?

Unlimited/Unbelievable Financial Opportunity?

User Friendly Odorless?

Ultra Freak Out?

Unknown, Forgotten, Overlooked?


11mm, S-mode, F/22, 30 s, ISO 800, tripod

Setting up a tripod & polishing my dusty, rusty shutter-priority technique.

"Remember, try to use long exposure!", Abah reminded.

Budapest, here we go!!!

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2011
*************************************************


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net