I like photography

By: shiham seishu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Sep-2013 01:59 Email | Share | | Bookmark
When doctors write

1. http://mofrust.blogspot.cz/2013/09/in-news-six-hours-waiting-time-at-ummc.html

2. http://mariakamalmilatu.wordpress.com/2013/09/21/what-the-public-doesnt-know/

3. http://mofrust.blogspot.cz/2013/09/specialoid-when-patients-become.html?m=1

It's time for people to read



Sunday, 22-Sep-2013 17:51 Email | Share | | Bookmark
Travel across the Central Europe



Videography is cool!

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2013
*************************************************


Sunday, 25-Aug-2013 09:59 Email | Share | | Bookmark
Czech





*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2013
*************************************************


Thursday, 4-Oct-2012 22:00 Email | Share | | Bookmark
Hrvatska & Slovenija



Kali pertama dapat jalan waktu musim panas. Tak payah bawa+pakai baju sejuk. Croatia memang panas, Slovenia sejuk sikit.

Quote:
Praha – Zagreb – Plitvička jezera – Split – Dubrovnik – Split - Zagreb – Ljubljana – Bled – Zagreb – Praha


2 negara, 6 bandar, 8 hari, memang berbaloi & bermakna. Pengalaman baru tengok Eropah Timur yang agak terkebelakang daripada pelbagai segi tapi tempat-tempat dia memang lawa. Tak sama macam dekat Czech/Poland, Hungary, England, Jerman/Austria, Sepanyol, Perancis/Belgium, dll.

Dalmacija ialah nama jolokan Croatia sebab gugusan pulau-pulau dia macam tompok-tompok. Dari sinilah nama anjing Dalmatian yang kita tengok dalam filem popular 101 Dalmatians. Salah satu ikon Dalmacija yang paling memikat hati ialah tingkap-tingkap pada rumah/bangunan. Sangat klasik. Selalunya warna hijau, ada yang coklat.

Croatia guna kuna, simbolnya HRK atau kn. €1 = 7.5 kn. 1 HRK = 3.4 Kč. Slovenia pakai Euro. €1 = RM4. Balik Malaysia dah jadi 3.80.

1/ Plitvička jezera

Ini dia taman negara terbaik, penyebab saya sampai Croatia. Tengok gambar dekat Google dah jatuh cinta, depan mata tak payah kata, kamera pun sampai buntu nak tekan apa. Cantik sangat.

Dari Zagreb banyak bas lalu ke Plitvice. Tapi kena pesan dekat pemandu bas suruh berhenti dekat Pintu 1 atau Pintu 2. Lebih banyak hostel/hotel dekat Pintu 1. Nak mai dari bandar-bandar lain spt. Zadar, Dubrovnik, Split pun boleh.

Jangan lupa bawa ISIC/kad pelajar, dapat diskaun tiket masuk jadi 80 kuna. Nak teroka Plitvice ada banyak jalan. A, B, C sampai K. Pilihlah yang mana sesuai dengan diri kita, banyak mana nak tengok & masa yang ada.



Tasik yang membiru-kehijauan


Hempasan air


Sebelum naik bot lintas tasik kedua terbesar di Plitvice


2 kawan baik


Pokok tumbang dalam tasik


Luas mata memandang


Trout nak makanan



Subhanallah


Rumpai tasik macam terapung


Air hijau+jernih sungguh


Senyum puas lepas 5 jam


Sampai St 4 (penghujung sekali), ingat kena naik/turun bukit juga balik. Nasib ada van pelancong bawa ke Pintu 2 & Pintu 1. Jalan macam kena patuk ular. Dapat juga peluh kering sambil melengung tengok hutan belantara.

Tunggu bas dari Plitvice ke mana-mana bandar lain dalam Croatia bukannya semudah ABC.

Jangan tunggu dalam perhentian bas sebab kalau pemandu bas tak nampak kita maka melangutlah 1 jam (kalau nasib baik). Tips: tunggu dekat luar & lambai-lambai tangan. Lagi satu, sebelum mai Plitvice, semak siap-siap waktu bila bas sampai hentian bas Plitvice, bas dari bandar mana, syarikat bas supaya senang.

Kalau boleh ELAK mai Plitvice hujung minggu sebab bas selalu penuh, tak jamin ada tempat kosong sebab orang memang ramai keluar masuk Croatia. Tak boleh berdiri dalam bas macam dekat Malaysia.

Setengah orang sewa kereta dari Zagreb sebab senang nak gerak sana sini dekat Plitvice. Hostel pun banyak jauh-jauh dari Pintu 1, kalau nak jalan mau pecah peluh. Pintu 2 semua hotel mewah.

Plitvice memang kawasan hutan jadi hati-hati. Macam-macam cerita ada.

2/ Split

Tak harap banyak dari Split tapi tak sangka bandar kedua terbesar dekat Croatia memang tak rugi kunjung. Zlatni rat sebab utama sampai ke sini. (Zlatni = emas, rat = tanduk/teluk)

Masjid di Split


Pelabuhan utama Split dari atas Jadrolinija


Dari Split, naik bot Jadrolinija ke Pulau Brač. Sampai Brač, naik bas ke Bol. Dari Bol, naik keretapi pelancong ke Zlatni rat.

Pantai utama dia bentuk tanduk, berubah ikut masa. Pasir bukan macam pantai dekat Malaysia tapi berbatu. Kalau kaki ayam sakit. Kalau boleh naik payung terjun tangkap gambar dari atas memang lagi cun. Orang ramai berjemur, main air. Meriah!



Nampak sebelah saja tanduk emas dia


Kena spaghetti


Jadrolinija kentut waktu maghrib


Ramai makan malam dekat persiaran utama, tunggu matahari jatuh...

3/ Dubrovnik



Bandar pelancongan paling selatan dalam Croatia. Banyak kapal/bot peribadi mewah berhenti dekat perlabuhan baru & lama. Nak ke sini boleh dengan bas, bot besar Jadrolinija atau kapal terbang. NO TRAIN. Stesen bas utama Dubrovnik boleh kata jauh dari bandar lama dia. Bas awam banyak, tiket 14-15 kuna 1 hala. Masa saja kurang tepat sikit.

Dobrovnik sangatlah terik, suhu mencecah 34 darjah. Pelancong sarat macam dekat Plitvice, boleh dengar ramai yang cakap BI, mungkin dari Amerika, Australia. Orang berpusu-pusu; ada nak panjat tembok (SANGAT TAK DIGALAKKAN waktu tengahari sebab terlalu panas), berjalan celah-celah bandar lama, makan aiskrim, basuh tangan/muka & minum air percuma dekat Onofrio, dll.

Masuk saja old town memang meriah. Nak apa semua ada. Kedai cenderahati bersepah. Masjid pun ada dalam peta rasmi bandar tapi tak buka 24/7, 10 pagi sampai 12 tengahari saja.

Keliling Dubrovnik, ada lebih kurang 9 pulau. Kalau nak pusing semua mau 1 hari. Kalau tak cukup masa, lawat yang paling terkenal dah cukup, Lokrum. Dari pelabuhan lama, boleh nak sewa mana-mana bot peribadi (pasti harga lebih, 75 kuna paling murah) atau naik kayak (kena sewa) ke sana, bayaran masuk ke Lokrum TAK TERMASUK. Kalau naik satu bot warna coklat (tak ingat nama) bayar 50 kuna untuk tiket pi balik TERMASUK bayaran masuk ke Lokrum, pasti pilihan yang lebih bijak.

Makanan halal boleh kata susah nak cari walaupun ada 1-2 restoran yang kata dia sediakan daging halal, makanan dari Bosnia. Dekat sini air mineral sebotol 12 kn (Split, Zagreb 6 kn saja). Bandar paling mahal katakan.

Masa banyak guna panjat, telusuri Tembok Dubrovnik sepanjang 2 km. Pemandangan sangat cantik. Dalamnya bandar lama dengan keunikan bumbung merah bangunan. Luar terbentang Laut Adriatik sebiru-birunya, penuh dengan kapal-kapal mewah/layar, bot-bot. Ada yang mandi manda.



Salah satu menara teropong guna waktu perang dulu


Tembok Dubrovnik jadi pagar bangunan-bangunan dalam bandar lama




Loceng di bandar lama


Bot-bot peribadi


Old city harbour


Adriatic Sea + boats + yachts


Rooftop view + Lokrum Island (green on right)


Tourists walk the wall


Backlight shot within Old Town streets


"Laut Mati" di Lokrum


Istana lama di Lokrum


Macam dekat Park Güell Barcelona


Lokrum Port


Mihrab imam


Masjid yang cantik+bersih


Dari Dubrovnik nak naik atas ke Split, Zadar, Zagreb pun boleh, nak ke Sarajevo atau Mostar pun dekat. Pilih-pilih.

4/ Ljubljana

Ljubie muram, macam nak hujan. Cuaca redup.

Pusing-pusing bandar naik gerek sangat murah (€1/seminggu). Tempat letak basikal pun merata ada. Memang idea yang bijak untuk pelancong yang singgah 1-2 hari.





Gibanica = kek lapis




The legendary dragon


Jumpa seorang lelaki 50-an dari Kuwait, dia hadir majlis/mesyuarat di Ljubljana. Kami duduk sembang panjang. Dia dah lebih 20x mai sini. Dia kata dia sangat suka suasana bandar Ljubie. Tak dinafikan.



Street performers


Jambatan bercabang tiga dari arah sisi


Platform


Jumpa lagi Ljubljana!

5/ Bled

Naik bas 50 km dari Ljubie dah boleh sampai Bled. Hujan renyai-renyai, awan mendung. Bukan hari aku, bisik hati.



Sini sangat popular dengan tasiknya, penuh misteri. Ada naga!!!



Tengah-tengah tasik ada istana putih, Cinderella tumpang lena 4 hari. Kalau nasib baik, boleh tengok pasangan pengantin naik sampan sampai istana, yang lelaki akan dukung pengantin perempuan sampai atas sebelum ditabalkan sebagai suami isteri.



Teratai segar di Tasik Bled


Senyum kumbang


Mesti untuk tangkap gambar kahwin


Kalau tak hujan ingat nak panjat pusing tasik 3 km


Here comes the bride


Sebelum balik wajib rasa Kremna rezina, kek krim terkenal depa (5/5)


6/ Zagreb



Ibu negara Croatia. Lebih kurang macam Praha tapi banyak tempat untuk dilawat, orang dia dekat sini lebih ramah & ramai cakap BI.

Zagreb ada masjid tercantik di Eropah. Naik tram 6, 7, atau 14 ke stesen Folnegovicevo naselje dan jalan masuk ke kawasan perumahan sebelum sampai satu kawasan masjid yang luas (siap ada restoran yang pastinya halal semua makanannya, muzium mini berkenaan sejarah masjid, pusat sukan lengkap dengan pelbagai gelanggang permainan, kubur peringatan para pejuang-Nya di Bosnia, dll). Lama duduk berehat dekat masjid sini.

Ruang atas solat muslimah


Syiling ke dewan sembahyang utama


Ukiran, hiasan, reka bentuk masjid memang cun


Masjid asal dulu dekat tengah bandar, kini bangunannya masih wujud tapi dah tukar jadi galeri seni dan 4 batang menara dah kena buang waktu era komunis.

Waktu tengah pusing-pusing Zagreb, pelik sangat tengok banyak orang (ada berpasang, ada bertiga) pakai baju bukan main cantik dengan macam-macam aksesori, jalan berpimpin tangan, senyum bila tengok kita, pelawa suruh kita ambil gambar percuma. Ingat pengemis tapi bukan. Depa tengah promosi adat budaya Croatia gamaknya.

Dataran+taman+muzium bertentang stesen utama


Gereja St. Mark


***

Yugoslavia dulu-dulu dah pecah jadi 5 negara la ni:
- Slovenia
- Croatia
- Bosnia & Herzegovina
- Serbia & Montengero (+ Kosovo)
- Macedonia

Nota: Luka Modrić dah pindah Real Madrid. Zadar mesti naik esok lusa.



*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


Tuesday, 3-Jul-2012 15:40 Email | Share | | Bookmark
HN24





Gambar diambil dengan Nikon D90 + Tokina 11-16 mm

V š e - n e j - k - 2 4

*************************************************
© shihamseishu.fotopages.com | Hak cipta terpelihara 2012
*************************************************


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net